Ringkasan Piala Suzuki AFF 2008

Kejohanan ini sepatutnya diadakan di Myanmar atas sistem pengiliran yang diperkenalkan AFF. Tetapi Myanmar menarik diri pada Ogos 2007 kerana masalah dalaman kerajaan.[2] Pada satu sidang pertemuan di Bali, Indonesia dan Thailand menewaskan tiga negara lain dalam usaha menjadi tuan rumah (tiga negara tersebut ialah Malaysia, Myanmar dan Vietnam). Pemenang akan membawa pulang USD 100,000, naib juara akan membawa pulang USD 50,000, dan USD 15,000 kepada yang tewas di separuh akhir. Nike akan menjadi penyalur utama pada kejohanan kali ini.[3]

10 hari sebelum kejohanan bermula, isu keselamatan disuarakan oleh negara yang akan bertanding di Bangkok. Isu ini tercetus selepas berlakunya rusuhan di bandaraya tersebut yang menyebabkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi terpaksa ditutup. Persatuan Bola Sepak Thailand tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan perlawanan di Bangkok dan akan mengambil langkah memindahkan kejohanan tersebut ke Chiang Mai jika keadaan menjadi lebih buruk.[4][5][6]

Thailand turut menegaskan mereka akan terus menjadi tuan rumah manakala Vietnam dan Malaysia bersedia menjadi pengganti.[7][8]

Pada 29 November, beberapa minggu sebelum kejohanan bermula, tempat perlawanan untuk kumpulan A dipindahkan ke Chiang Mai.[9]

Rujukan

WikiPedia: Piala Suzuki AFF 2008 http://www.affsuzukicup.com/ http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524... http://www.affsuzukicup.com/news/index.asp?aid=524...